Friday 31 August 2018

Kawan Sehidup dan Semati. Kisah Menyayat Hati Antara Dua Sahabat , Si Monyet dan Si Itik.



Kisah menyayat hati ni telah mendapat sebanyak lebih 17,000 shares di Facebook. Paling nak menangis bila tengok tuan kepada haiwan-haiwan ni menangis di samping monyet dan itik kesayangannya tu.

Kawan baik dari kecil, mati bersama


Kisah tragik ni bermula apabila seekor monyet ni tengah bermain dan terpegang wayar yang berkuasa elektrik. Monyet itu menjerit dan sahabatnya, itik datang untuk tolong tapi akhirnya itik itu pun terkena sekali kejutan elektrik itu.



Haihh menitis mata air kami bila baca. Sedangkan haiwan pun punyai sifat kasih sayang dan ambil berat antara satu sama lain. Kenapa tidak manusia? *lap air mata

Sumber : ohbulan.com

Enggan Pulang, Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Kucing Putih Ratapi Pemergian Tokwan




LANGKAWI, KEDAH – Viral video seekor kucing enggan berganjak dari kubur arwah Tokwan kepada Zarul Hisham dan Soffuan, malah cuba digali tanah kubur berkenaan di waktu pengebumian sedang berlangsung.
Gambar dan video yang dimuat naik oleh Soffuan sejak jam 2.11 petang tadi, telah ditonton 1.2 juta kali dan dikongsi 16,000 lebih pengguna Facebook.
“Assalamualaikum. Tok Wan saya, Ismail bin Mat, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kelibang.
“Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih datang mengelilingi kubur arwah. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.
“Semasa arwah Tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman.
“Kasih sayang Tokwan kepada kami cucu 38 orang daripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami takkan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat Tokwan. Moga tenang di sana, Al-Fatihah,” tulisnya.
P/s: Selama ni kita dengar saja orang cerita kisah macam ni dalam blog, buktinya kita belum nampak tapi kalini siap ada video dan gambar yang pasti bukan edit dan rekaan. Kucing yang tak berakal ni dah buktikan pada kita semua inilah kelebihan orang yang berbuat baik kepada binatang. Bayangkan banyak mana kucing yang langsung tak buat dosa sepanjang hayatnya ni berzikir kepada arwah. ALLAHU sayangilah haiwan walau macammana keadaan pun haiwan berkenaan

Tidak Perlu lagi Insulin.. Inilah Resepi Penawar Kencing Manis



Hari ni saya nak kongsi Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood Bawang Putih dan bahan semulajadi di dapor kita. Resepi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .

Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.

Resepi Penawar Kencing Manis

5 ulas Bawang Putih
1 biji buah Lemon
2 inchi Halia
1 sudu besar Madu Royal Yemen
Caranya

Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.

Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.

Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.

Khasiat Lemon

Sebagai Antibacteria dan Antivirus

Mempunyai Anti Oksida yang tinggi

Mengurangkan Lemak

Menguruskan badan

Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan tenaga.

Mencantikkan kulit

Membantu penghadaman makanan

Khasiat Halia

Memperbaiki saluran darah dalam badan

Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus

Mengurangkan ketidakselesaan perut

Mencegah Barah usus

Mengurangkan sakit dan radang

Rawatan untuk kanser Ovari

Menguatkan imuniti badan

Mengurangkan morning sickness

Khasiat Bawang Putih

Mencegah keracunan makanan

Mengubati jangkitan kulat pada kulit

Menambahkan tenaga dan stamina

Mencegah serta mengubati demam dan selsema

Mengawal berat badan

Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol serta tekanan darah tinggi

Mengurangkan angin dalam badan

Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini.

Saya izinkan Share untuk bantu orang yang memerlukan, terima kasih.

Sumber: Islamituindah.info Via Keluarga Till Jannah

Sunday 22 November 2015

CERITA SEBENAR GADIS MUDA 18 TAHUN KAHWINI GURUNYA 52 TAHUN


Sebelum ini warga maya digemparkan dengan gambar seorang gadis muda berkahwin dengan seorang lelaki tua yang pernah menjadi gurunya ketika di zaman persekolahan.
 
Gadis yang berusia 18 tahun itu dilaporkan berkahwin dengan cikgu lelaki dari sekolah yang sama berusia 52 tahun. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang mendedahkan cerita di sebalik gambar yang tersebar itu.

Menurut seorang individu bernama Mohd Hisham, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Lelaki itu juga dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan.

"Cikgu 52 tahun, anak murid 18 tahun. Kalau dah jodoh. Cikgu dengan anak murid. Cikgu SMK Baling.

"Bini tua gambar kanan, yang kiri memang bini muda. 

"Bestfriend anak dia dok mai tdo umah. Tersangkut..."



Gadis muda dengan rupa paras yang menawan, sudah pasti memikat hati sesiapa saja. Lebih-lebih lagi di usia muda, mudah untuk si suami mendidik isterinya. 

Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Semoga pasangan ini kekal bahagia. Amin.

Monday 16 November 2015

BATU TERAPUNG DI PALESTIN


Mengikut Al-kisah cerita disebalik batu itu, ianya adalah batu asal tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi’raj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mi’raj, batu tersebut telah terangkat mengekori rasullah, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut berhenti dari mengikuti bersama malaikat Jibrail naik ke langit bertemu Allah swt. Batu terapung tersebut kini berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem. Sampai sekarang masjid Dome of Rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas”  dan mendakwanya sebagai Al Aqsa, untuk mengkaburi pandangan ummat Islam dimana mesjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “mesjid kubah biru”
Dome of the Rock
Mengenai Batu di Palestin di Al Aqsa pada Kitab Durrotunnasikhin di jelaskan Nabi Muhammad SAW, pada waktu isro’ yaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Palestin) Beliau terbang dengan Menggunakan Bouraq bersama Malaikat Jibril, setelah Sampainya di Masjidil Aqsa , Bouraq ditinggalkan Lantas Nabi Muhammad beserta Malaikat Jibril menuju suatu tempat yang ada batu besarnya lantas dari batu tersebut terlihatlah tangga (ghaib) diperbuat dari mutiara berlian lantas naiklah Nabi beserta malaikat jibril hingga ke langit yang ke 7 di Sidrotul Muntaha Untuk menerima wahyu Sembahyang lima waktu dari Allah SWT

7 KALIMAH AGUNG

7 KALIMAH AGUNG


Sabda Rasulullah s.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
 6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih
oleh Allah.

6 RAHSIA ALLAH

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka  pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu  lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam