Sunday 22 November 2015

CERITA SEBENAR GADIS MUDA 18 TAHUN KAHWINI GURUNYA 52 TAHUN


Sebelum ini warga maya digemparkan dengan gambar seorang gadis muda berkahwin dengan seorang lelaki tua yang pernah menjadi gurunya ketika di zaman persekolahan.
 
Gadis yang berusia 18 tahun itu dilaporkan berkahwin dengan cikgu lelaki dari sekolah yang sama berusia 52 tahun. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang mendedahkan cerita di sebalik gambar yang tersebar itu.

Menurut seorang individu bernama Mohd Hisham, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Lelaki itu juga dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan.

"Cikgu 52 tahun, anak murid 18 tahun. Kalau dah jodoh. Cikgu dengan anak murid. Cikgu SMK Baling.

"Bini tua gambar kanan, yang kiri memang bini muda. 

"Bestfriend anak dia dok mai tdo umah. Tersangkut..."



Gadis muda dengan rupa paras yang menawan, sudah pasti memikat hati sesiapa saja. Lebih-lebih lagi di usia muda, mudah untuk si suami mendidik isterinya. 

Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Semoga pasangan ini kekal bahagia. Amin.

Monday 16 November 2015

BATU TERAPUNG DI PALESTIN


Mengikut Al-kisah cerita disebalik batu itu, ianya adalah batu asal tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi’raj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mi’raj, batu tersebut telah terangkat mengekori rasullah, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut berhenti dari mengikuti bersama malaikat Jibrail naik ke langit bertemu Allah swt. Batu terapung tersebut kini berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem. Sampai sekarang masjid Dome of Rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas”  dan mendakwanya sebagai Al Aqsa, untuk mengkaburi pandangan ummat Islam dimana mesjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “mesjid kubah biru”
Dome of the Rock
Mengenai Batu di Palestin di Al Aqsa pada Kitab Durrotunnasikhin di jelaskan Nabi Muhammad SAW, pada waktu isro’ yaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Palestin) Beliau terbang dengan Menggunakan Bouraq bersama Malaikat Jibril, setelah Sampainya di Masjidil Aqsa , Bouraq ditinggalkan Lantas Nabi Muhammad beserta Malaikat Jibril menuju suatu tempat yang ada batu besarnya lantas dari batu tersebut terlihatlah tangga (ghaib) diperbuat dari mutiara berlian lantas naiklah Nabi beserta malaikat jibril hingga ke langit yang ke 7 di Sidrotul Muntaha Untuk menerima wahyu Sembahyang lima waktu dari Allah SWT

7 KALIMAH AGUNG

7 KALIMAH AGUNG


Sabda Rasulullah s.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
 6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih
oleh Allah.

6 RAHSIA ALLAH

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka  pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu  lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam

Tolong Jangan Buat Kesilapan Ini Ketika Ingin Beli Atau Sewa Rumah

Rumah pertama yang anda bakal beli nanti, apa yang anda akan buat? Tok bagi pilihan yang paling popular di Malaysia:

    Beli dan duduk sendiri.
    Beli dan sewa.

Tok terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor. Beliau sudah lama melabur dalam hartanah dan sudah berjaya membeli lebih dari sepuluh hartanah walaupun tanpa berpendapatan tinggi.
Beliau beritahu ada 1 amalan berfikir yang agak pelik ditanam dalam otak rakyat Malaysia. Khususnya bangsa Melayu.

    “RUMAH PERTAMA SAYA MESTI LANDED (RUMAH TERES, BANGLO DSB). RUMAH PERTAMA SAYA MESTI DUDUK SENDIRI. BUKAN UNTUK SEWA.”

Perkongsian yang boleh tepuk kepala otak bagi sedar.
Lebih menarik, Cik Rohaniah Noor ini tidak sekadar berdiam diri dan membisu. Beliau berkongsi sudut pandangnya tentang pembelian rumah landed untuk duduk sendiri.

Tok yakin perkongsiannya sangat bermanfaat dan boleh tepuk kepala otak orang ramai untuk faham tentang selok belok pengurusan duit, dan pelaburan hartanah pada peringkat paling asas.

Rumah landed. Beli duduk sendiri VS sewa?
Cik Rohaniah Noor menjelaskan bahawa yang majoriti pembeli rumah pertama biasanya akan membeli rumah yang paling mahal mereka mampu nak beli. Ini adalah satu kesilapan besar kerana :

1) Kebanyakan hartanah landed harganya RM550,000 ke atas. Biasanya teres dua tingkat unit tengah. Kategori, subsale a.k.a rumah second hand.

2) Manakala kalau beli rumah daripada pihak pemaju, 100% dara, lagi tinggi harganya. Ramai yang suka beli rumah baru sebab mereka geli nak pakai rumah 2nd-hand.

4) Jika beli rumah harga RM550,000, modal minimuma perlu ada RM55,000. Ini belum masuk caj-caj peguam dan lain-lain. Untuk pinjaman 90% selama 30 tahun, pada kadar faedah 5%, bayaran bulannya lebih kurang RM2,657.

5) Ini bermaksud, kita akan bergadai duit untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,657 selama 30 tahun. Kalau umur kita 30 tahun, umur 60 tahun baru selesai hutang.

6) Paling menyedihkan, ia merabakkan duit poket kita sendiri. Sebab kita duduk sendiri di rumah itu. Kos segala bagai, kita yang tanggung.

7) Itu baru kos bayar rumah setiap bulan. Belum campur lagi kos kereta, barang dapur, makan, minum, duit belanja ibu dan ayah tercinta, serta lain-lain lagi. Tok boleh sahkan stres dan pening kepala akan berlaku setiap bulan.

8) Daripada beli untuk duduk sendiri, lebih baik beli dan sewa. Tetapi, ada sedikit cabaran bila masuk bab sewa rumah landed.

9) Sewa biasanya jauh lebih rendah dari ansuran bulanan. Sebab biasanya matlamat pembeli rumah landed ini lebih fokus kepada kenaikan harga rumah dari semasa ke semasa. Tapi ada juga beli sekadar suka mahu beli.

11 Langkah duduk rumah landed dan dapat tunai RM1,600 sebulan dalam masa 30 tahun.

Cik Rohaniah Noor juga berkongsi satu sifir yang dapat membantu kita memahami potensi dan peluang.

Strategi asasnya adalah: Sewa sahaja. Jangan beli duduk sendiri.

Penerangan spesifik dan contoh yang beliau berikan pula adalah seperti berikut:
1) Rumah landed di Bangi Avenue pada masa ini (tahun 2015) berharga RM550,000 hingga RM580,000.

2) Jika beli rumah di kawasan ini, bayaran komitmen bulanan kita sekurang-kurangnya RM2,657.


3) Tapi nilai sewaan cuma sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan sahaja.Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kos komitmen bulanan RM2,657.

4) Lebih baik kita sewa sahaja jika mahu duduk di kawasan ini. Lebih jimat berbanding kena bayar komitmen bulanan yang tinggi.

5) Apabila kita menyewa rumah, ia tidak masuk dalam CCRIS. Maksudnya, ia tidak mengganggu kelayakan pinjaman kita di masa akan datang.

6) Kelayakan pinjaman yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang boleh disewakan a.k.a rumah pelaburan.

7) Dengan kelayakan pinjaman RM2,657 sebulan, apa kata beli 2 apartment yang bayaran ansurannya RM1,300 setiap satu. Kemudian sewa apartment itu untuk dapatkan aliran tunai ekstra setiap bulan.

8) Sebagai contoh, kita dapat sewa apartment itu dengan harga RM1,600 sebulan, dan kadar maintenance RM150, maka kiraan ringkasnya adalah seperti berikut (baca poin nombor 8).

9) RM1,600 (Nilai sewa) – RM150 (Kadar maintenance) – RM1,300 (Ansuran bulanan) = RM150 (Untung bersih daripada 1 apartment).

10) Jika ada 2 apartment dengan kadar nilai yang sama seperti di atas, kita dapat aliran tunai bersih sebanyak RM300 sebulan.

11) Cukup 30 tahun apabila hutang rumah selesai, wang sewa 100% milik kita(dalam kes apartment tadi, nilainya RM1,600 sebulan). Ini boleh dijadikan sebagai duit persaraan.

Jalan sudah ada di depan mata. Pilihan sekarang di tangan kita.

Ini adalah pendapat dan nasihat tok :
1. Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila korang nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan korang.

2. Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih korang. Contoh, pendapatan bersih korang RM6000, pastikan ansuran bulanan korang tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!

3. Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik korang sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657. Tok lagi suka menyewa dari beli dalam kes seperti Bangi Avenue. Lagipun, kalau sewa komitmen sewaan takkan masuk dalam CCRIS dan ianya tidak akan dikira.

4. Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang korang pakai sendiri mahal dan korang tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila korang nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu Tok tgk orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)

5. Pakai rumah kecil dulu : Kalau korang baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal korang cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Faizul Ridzuan jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?

6. Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau korang boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah di Bangi Avenue ni secara percuma!

Jadi korang boleh pilih untuk nampak bergaya tetapi sengsara semata-mata nak duduk rumah lawa, atau pilih kesederhanaan dari mula dan melabur secara bijak untuk dapatkan rumah idaman korang yang dibayar oleh orang lain. Dapat rumah best yang FREE! Korang nak kaya atau kekal bergaya-tak-kaya, itu pilihan korang masing-masing.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

Surat Berhenti Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan


Rentetan isu Skandal YaPEIM oleh Jamil Khir, ramai meminta kami kongsikan format atau cara berhentikan sumbangan kepada YaPIEM. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Surat Henti Sumbangan Kepada YaPIEM



================================




NAMA



ALAMAT RUMAH @ SEKOLAH                                                                     14 NOVEMBER 2015



Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)



Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,



No. 72, Jalan Pahang,



53000 Kuala Lumpur



Tuan / Puan,



PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Saya dengan ini mengarahkan pihak tuan / puan supaya memberhentikan potongan



bulanan sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji DENGAN SEGERA kerana tidak



bersetuju dengan isu semasa berkaitan dengan YaPEIM dan dilihat sebagai suatu



pembaziran dana awam dari sumbangan orang ramai.



3. Berikut adalah butiran peribadi saya untuk rujukan pihak tuan.



Nama Penuh :



No. K/P :



No. Tel. :



Alamat Bertugas :



Sumbangan Bulanan : RM



Sekian.



Yang benar



=============================








Sunday 1 November 2015

INFO: 8 DOSA YANG MEMBUATKAN ANDA LAMBAT BERTEMU JODOH

Allah menciptakan manusia dengan berpasang pasangan,jodoh itulah kata yang umum di ucapkan oleh masyarakat ketika sembang di kedai kopi.
Namun ada terkadang seorang lelaki atau pun perempuan ini sangat sukar untuk bertemu jodoh,bahkan tidak sedikit yang menemui jodohnya di usia lanjut.
Kadang sesetengah pasangan sudah bertunang namun pada akhirnya putus di tengah jalan sebelum sampai ke jinjang pelaminan." bukan jodoh" kata orang.
Baru baru ini Sebuah info dari blog muslimah bernama INFO UNIK ISLAM.COM menulis tentang beberapa dosa yang bisa membuat sukar untuk bertemu dengan jodoh.
Berikut 8 dosa yang di maksutkan.
1.syirik
pada dasarnya syirik adalah perbuatan yang menduakan Allah,namun tidak sedikit seseorang meminta bantuan bomoh atau ahli sihir lainnya untuk mendapatkan jodoh.ini adalah perkara yang salah.
Sepatutnya anda yang sukar bertemu jodoh segeralah mendekatkan diri pada Allah memohon agar jodoh anda di cepatkan.Allah akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan.
"Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan dunia & diperdayakan para penipu yang mengatasnamakan Allah" (QS 31:33)
2.Berzina
salah satu dosa paling besar adalah berzina,sudah tentu dengan memiliki dosa yang banyak rezeki akan berkurangan,berzina adalah perkara yang di keji dan di benci Oleh ALLAH.barang siapa yang melakukan zina akan mendapat langsung hukuman di dunia salah satunya adalah susah untuk bertemu jodoh.
3.Derhaka kepada orang tua
Seseorang yang sulit mendapatkan jodoh ini biasanya mereka pernah berdosa kepada orang tua mereka. Rasulullah mengatakan jika orang tua merupakan representasi Allah SWT di dunia dan keridhaan mereka akan menjadi ridha Allah, sehingga jika kita melakukan dosa terhadap orang tua, maka Allah akan menutup sumber rezeki kita termasuk urusan jodoh.
"Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka, ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. 17:23).
4. Hubungan Silaturahmi yang Putus
Seseorang yang menutup hubungan silaturahmi dan berlaku sombong kepada sesamanya ini juga bisa menjauhka kamu dari urusan jodoh.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Karena itu peliharalah persaudaraan dan peliharalah diri Anda dihadapan Allah supaya kamu mendapat rahmat ". (QS.49: 10)
5.Memfitnah dan mengadu domba
kebiasaan mempitnah dan mengadu domba salah satu dosa yang bisa menjauhkan kamu dari jodoh bahkan mengarah kepada adu domba yang berujung pada fitnah. Mengunjing salah satu perbuatan yang tidak disukai Allah sehingga kamu pun akan sulit dipertemukan terhadap orang yang tepat.
"Hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan kecurigaan, karena sebagian dari kecurigaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain apakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. "(QS 49:12)
6. Makan Rezeki yang Haram
Jodoh akan sulit datang pada kamu yang suka makan rezeki yang haram. Bahkan mereka yang sulit mengeluarkan zakat juga akan sulit untuk mendapatkan jodoh karena sebenarnya, dalam harta kita ada hak orang lain yang harus kita keluarkan.
7.Kedekut dan jarang bersedekah
Kedekut juga merupakan dosa yang bisa membuat seseorang sulit mendapatkan jodoh. Untuk itu , kamu yang sulit dapat jodoh cobalah untuk bersedekah dan jauhkan rasa kedekut dalam diri kamu.
8.Jarang solat dan melalaikan solat
solat adalah tiang agama dan doa akan termakbul apabila kita memberikan puji pujian pada Allah,segerah bersolat sebelum meminta sesuatu.ini adalah kesempatan yang terbaik untuk meminta sesuatu pada Allah.jika kamu tidak solat maka Allah tidak akan mendengar rintihanmu




Maka kecelakaanlah bagi orang orang yang tidak solat (yaitu) orang orang yang lalai dari solatnya." (QS 107: 4-5)


gambar sekadar hiasan