Friday 31 August 2018

Kawan Sehidup dan Semati. Kisah Menyayat Hati Antara Dua Sahabat , Si Monyet dan Si Itik.



Kisah menyayat hati ni telah mendapat sebanyak lebih 17,000 shares di Facebook. Paling nak menangis bila tengok tuan kepada haiwan-haiwan ni menangis di samping monyet dan itik kesayangannya tu.

Kawan baik dari kecil, mati bersama


Kisah tragik ni bermula apabila seekor monyet ni tengah bermain dan terpegang wayar yang berkuasa elektrik. Monyet itu menjerit dan sahabatnya, itik datang untuk tolong tapi akhirnya itik itu pun terkena sekali kejutan elektrik itu.



Haihh menitis mata air kami bila baca. Sedangkan haiwan pun punyai sifat kasih sayang dan ambil berat antara satu sama lain. Kenapa tidak manusia? *lap air mata

Sumber : ohbulan.com

Enggan Pulang, Rebahkan Diri Di Tanah Kubur, Kucing Putih Ratapi Pemergian Tokwan




LANGKAWI, KEDAH – Viral video seekor kucing enggan berganjak dari kubur arwah Tokwan kepada Zarul Hisham dan Soffuan, malah cuba digali tanah kubur berkenaan di waktu pengebumian sedang berlangsung.
Gambar dan video yang dimuat naik oleh Soffuan sejak jam 2.11 petang tadi, telah ditonton 1.2 juta kali dan dikongsi 16,000 lebih pengguna Facebook.
“Assalamualaikum. Tok Wan saya, Ismail bin Mat, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kelibang.
“Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih datang mengelilingi kubur arwah. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.
“Semasa arwah Tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman.
“Kasih sayang Tokwan kepada kami cucu 38 orang daripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami takkan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat Tokwan. Moga tenang di sana, Al-Fatihah,” tulisnya.
P/s: Selama ni kita dengar saja orang cerita kisah macam ni dalam blog, buktinya kita belum nampak tapi kalini siap ada video dan gambar yang pasti bukan edit dan rekaan. Kucing yang tak berakal ni dah buktikan pada kita semua inilah kelebihan orang yang berbuat baik kepada binatang. Bayangkan banyak mana kucing yang langsung tak buat dosa sepanjang hayatnya ni berzikir kepada arwah. ALLAHU sayangilah haiwan walau macammana keadaan pun haiwan berkenaan

Tidak Perlu lagi Insulin.. Inilah Resepi Penawar Kencing Manis



Hari ni saya nak kongsi Resepi Penawar Kencing Manis menggunakan Superfood Bawang Putih dan bahan semulajadi di dapor kita. Resepi ni sebenarnya dari timur tengah dan telah lama di amalkan oleh orang arab sejak turun temurun lagi. Kadar gula dalam badan dapat di stabilkan dengan segera tanpa insulin .

Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu lebih ramai orang merawat dan mencegah Penyakit Kencing Manis yang menghantui masyarakat kita.

Resepi Penawar Kencing Manis

5 ulas Bawang Putih
1 biji buah Lemon
2 inchi Halia
1 sudu besar Madu Royal Yemen
Caranya

Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah mendidih air tadi, masukkan bahan secara berperingkat di mulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.

Masak selama 10 minit dan kemudian tapis dan masukkan kedalam gelas. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu Madu Royal sebagai pemangkin resepi kita tadi.

Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.

Khasiat Lemon

Sebagai Antibacteria dan Antivirus

Mempunyai Anti Oksida yang tinggi

Mengurangkan Lemak

Menguruskan badan

Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan tenaga.

Mencantikkan kulit

Membantu penghadaman makanan

Khasiat Halia

Memperbaiki saluran darah dalam badan

Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus

Mengurangkan ketidakselesaan perut

Mencegah Barah usus

Mengurangkan sakit dan radang

Rawatan untuk kanser Ovari

Menguatkan imuniti badan

Mengurangkan morning sickness

Khasiat Bawang Putih

Mencegah keracunan makanan

Mengubati jangkitan kulat pada kulit

Menambahkan tenaga dan stamina

Mencegah serta mengubati demam dan selsema

Mengawal berat badan

Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol serta tekanan darah tinggi

Mengurangkan angin dalam badan

Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman Resepi Penawar Kencing Manis ni di galakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini.

Saya izinkan Share untuk bantu orang yang memerlukan, terima kasih.

Sumber: Islamituindah.info Via Keluarga Till Jannah